Breaking News

Jadilah Kolomnis Kanal73

Ruang untuk gagasan Anda tentang berbagai hal, seperti permasalahan sosial, politik, ekonomi, pendidikan atau budaya.

Dilema Lockdown India:

Keluar Kena Covid-19, Diam di Rumah Mati Kelaparan

Keluar Kena Covid-19, Diam di Rumah Mati Kelaparan
Ilustrasi: Potret gemerlap artis Bollywood dan pengemis jalanan di India, dua sisi kehidupan yang sangat kontras menyajikan kesenjangan. (foto: repro)

SEMASA lockdown di rumah … email, facebook, dan whatsapp menjadi kebutuhan yang sangat penting. Dalam sebuah rencana yang dihantar ke whatsapp group saya, amat menarik perhatian saya tentang negara India dalam menghadapi Covid-19.

Setakat  (5hb April) India sudah mencatatkan 3,588 kes Covid-19 dengan 99 kes kematian di seluruh negara.

Kalau ikutkan data ni, India masih di bawah Malaysia. Dengan populasi 1.3 billion manusia berbanding Malaysia yang cuma 33 juta, India kelihatan OK.

Masih jauh lagi-lah perjalanan kalau nak banding;

USA 311,637 kes, 8,454 kematian

Italy 124,632 kes 15,362 kematian

Sepanyol 130,759 kes 12,418 kematian.

Covid-19 di India boleh dikira 2 minggu di belakang USA dan 4 minggu di belakang Italy. Baru sangat nak bermula.

Tapi selepas Perdana Menteri India Narenda Modi buat arahan 21 hari lockdown bermula 25hb Mac hari tu, dunia mula bagi perhatian serius pada India.

India secara am di mata dunia sebelum ledakan internet, adalah sebuah negara dalam filem Bollywood dan Kollywood. India adalah Amitabachan, Yash Chopra, Amrish Puri, Lata Mageshkar, Asha Bosle, Sharmila Tagore, Rajesh Khanna, Hema Malini, Rajinikanth, Kamal Haasan, dan pada era seterusnya ia dilambangkan pula oleh Shah Rukh Khan, Udit Narayan, Kajol, Amir Khan, Salman Khan, Mahduri Dixit dan Karisma Kapoor (sekadar memetik beberapa nama).

Rakyat India sangat seronok dan addicted dengan paparan 'on screen', kerana itu sahaja hiburan yang murah dan available untuk mereka melupakan segala masalah.

Sebagai contoh, filem masyhur Dilwale Dulhaniya Le Jeyenge ditayang selama 20 tahun di teater Maratha Mandir, Mumbai.

20 tahun setiap hari 2 x tayangan dari 19 Oktober 1995 sehingga 19 Februari 2015. Tanpa henti. Panggung penuh setiap hari. Memang sesuatu yang gila.

Ibarat K-Pop, hari ini, yang berjaya menjual culture mereka melalui export filem, drama dan lagu, begitu jugalah India suatu masa dahulu in fact masih berterusan sehingga ke hari ini.

Tetapi selepas munculnya internet, dunia secara perlahan mula mengenali India dengan lebih dekat.

Filem Slumdog Millionaire (Oscar Best Picture 2008) antara filem yang membuka mata ramai tentang betapa peritnya masalah sosio ekonomi dihadapi India.

Kepadatan:

Slum area (setinggan, ghetto favela, jhuggi) boleh dikatakan Orange is the New Black di India, terutamanya di pekan besar macam Mumbai, Delhi, Kolkata Chennai, Jaipur dan Bhubaneshwar.

Contohnya largest slum in the world, slum Dharavi, Mumbai - berkeluasan cuma 2.1 square kilometre, slum ni cover 700,000 orang manusia. Kau pejam mata kemudian bayangkan!

Dan di seluruh India ada lebih kurang 65,000 slum runcit-runcit. Gabung semua ni ada 93 juta manusia hidup dalam slum area.

Apa maksud hidup dalam slum?

Maksudnya;

Di situ hampir tiada langsung,

bekalan air bersih

sanitasi

tandas yang betul

pendidikan untuk kanak kanak

healthcare/ penjagaan kesihatan

infrastruktur.

Hampir tiada keperluan asas hidup manusia.

Gelandangan:

Selain slum, India juga menghadapi major isu lain yakni masalah gelandangan yang teruk dengan anggaran populasi homeless mencecah  lebih1.8 juta orang.

Mereka ini hidup bawah jambatan, bawah flyover, bawah tiang lampu, di kaki lima jalan, di merata-rata asalkan boleh pacak khemah atau ada space sikit nak baring. 

Pengalaman penulis:

Aku pernah ke India beberapa kali sekitar tahun 2007-2009 atas urusan kerja. Aku ke Mumbai, Delhi, Kolkata, Bhubaneshwar, Haldia dan Paradeep. Antara yang aku ingat, aku naik teksi dari Hyatt Calcutta ke bandar pelabuhan di Haldia.

Masa perjalanan pergi 3 jam lebih, walhal cuma 100 km je. Jalannya … ya Tuhan, sempit macam jalan masuk kampung.

Jalan sempit dan banyak kenderaan satu hal, satu hal lagi sepanjang journey 3 jam pergi dan 3 jam balik tu, sepanjang jalan kiri dan kanan terlalu ramai orang. Kau bayangkan macam ni, kau lalu masuk kampung tiba-tiba di depan ada kenduri kahwin, sesak kan? Haaa… macam tu lah perjalanan aku. Cuma bezanya, kali ni, kenduri kahwin sepanjang jalan sejauh 100 km. Gila woihh.

Masa balik, driver tu ajak aku jalan pusing Calcutta, dia nak bawa aku tengok slum area. Kah … kah real betul. Slum area dah jadi tempat pelancong melawat.

Di Mumbai? Delhi? Ahhh… tak tahu aku nak describe macam mana padatnya manusia. Berjalan berhimpit di pasar malam? Maybe, macam tu lah. Cuma di Mumbai atau Delhi ko boleh cakap ada pasar malam di mana mana. 

Itu cerita 12 tahun lepas

Hari ni, keadaan masih tak banyak beza malahan semakin teruk.

Pendapatan rakyat:

Statistik bagi tau 21.9% rakyat India hidup di bawah garis kemiskinan. Ini bersamaan 390 juta orang di India hidup dengan pendapatan kurang daripada 100 rupee (RM5.70) sehari. 

RM5.70 sehari nak tampung keluarga.

Manakala rakyat yang terlibat dalam informal economy pula berjumlah hampir 400 juta orang dengan purata income hanya RM300 sebulan.

Rakyat yang tak ada kerja langsung?

7.3% lebih kurang 95 juta orang.

Healthcare support system:

Di India hari ini, ratio katil vs penduduk cuma 0.7 untuk setiap 1000 orang. Di India jumlah private health care lebih banyak berbanding public healthcare. Keadaan ini sangat ironi sebab orang miskin beratus kali ganda lagi ramai dari kumpulan M40 dan T20. Senario yang tak jive.

Dan di perenggan awal tadi aku beritahu yang dunia mula bagi perhatian pada India selepas Modi announce 21 hari lockdown. Kerajaan berikan tempoh beberapa jam saja supaya rakyat India balik duduk diam diam di rumah.

Semua kena duduk diam di rumah, social distancing.

Ini pun satu benda yang irony, sebab social distancing di India merupakan perkara luxury. Macam mana nak social distance kalau 'pasar malam' ada di setiap inci tanah?

OK, now kenapa dunia mula bagi perhatian pada India?

Sekarang cuba bayangkan!

93 juta manusia di slum area

1.8 juta pula bergelandangan

390 juta lagi kais pagi belum tentu esok boleh makan

400 juta yang lain kasi pagi makan pun pagi

95 juta orang langsung tak tahu macam mana nak makan setiap pagi

Dan sekarang semua mereka ini kena duduk di rumah atau di mana-mana saja asalkan social distancing, tak boleh keluar selama 21 hari, dan kemungkinan extended only god knows sampai bila. 

Covid-19 mencemar India bermula pada 30 Jauari di Kerala, salah sebuah negeri paling miskin di India. Sekarang Covid-19 dah tersebar ke Maharashtra, Andra Pradesh, West Bengal, Gujerat, Punjab, Karnataka, Delhi, Jammu, Kashmir, Uttar Pradesh dan Telegana. 

Askar Covid-19 sedang mara menghambat manusia - dia tak kenal siapa duduk slum, siapa homeless, siapa below poverty line atau siapa jobless.

Dilema India paling utama yang menjadi perhatian dunia hari ni;

Keluar rumah = potensi diserang Covid 19

Duduk rumah = kelaparan

Dalam situasi yang maha tersepit begitu, bagaimana rakyat India bisa melawan Covid-19?

Mengambil kata kata seorang kanak-kanak yang kerja sehariannya mencari sisa makanan di tempat pembuangan sampah di Mumbai.

"Saya dengar ada penyakit sedang menyerang, dan kami tidak boleh keluar langsung dari kediaman. Kata mereka penyakit ini ambil masa 2 minggu untuk berjangkit, dan kalau sakit mungkin ambil masa 2 minggu lagi sebelum mati.

Tetapi tahukah mereka?

Ia cuma mengambil masa 5 hingga 7 hari untuk kami mati jika kami tak keluar mencari makanan?" 

***

* Pemerhati budaya serumpun, menetap di Kuala Lumpur, Malaysia

Tulisan ini adalah kiriman dari pembaca, isi dari tulisan di luar tanggung jawab redaksi!

Komentar

Loading...